Sunday 14 October 2012

LOKASI BARU

Kami telah berpindah ke:

BILIK TAKLIMAT

Masjid Negara,
Jalan Lembah Perdana,
50480 Kuala Lumpur.
Malaysia.

p/s: Bersebelahan dengan OUTREACH ABIM




Tuesday 26 June 2012

Menyingkap Rahsia Doa

Doa adalah senjata umat Islam. - Sumber: http://www.islamituindah.my

“Doa itu adalah otak ibadah” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari). Doa bukanlah sekadar ibadah sahaja, malah ia juga menjadi otak mahupun inti ibadah. Imam Syaukani di dalam bukunya, kitab Tuhfadutz Dzakkirin mengatakan otak adalah bahagian yang paling penting dalam tubuh manusia. Maka, setiap amalan tanpa doa adalah seperti pokok tanpa buahnya. Hal ini adalah kerana doa adalah inti bagi setiap amal ibadah.

Doa dapat didefinisikan sebagai permintaan atau permohonan daripada pihak yang berkedudukan rendah kepada pihak yang berkedudukan lebih tinggi. Pihak yang berkedudukan rendah yang dimaksudkan disini ialah manusia dan pihak yang berkedudukan tinggi itu adalah Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna.

Tuesday 19 June 2012

Luruskah Saf Anda?

Solat berjemaah adalah fardhu kifayah.

Walau bagaimanapun, ia menjadi tanggungjawab setiap muslimin memenuhi tuntutan ini.

Dengan ganjarannya yang melebihi solat sendirian dengan 27 kali ganda, TIDAK WAJAR kita mengabaikan solat berjamaah.

Adapun solat berjemaah perlu dilakukan dengan sempurna agar tuntutan ini dipenuhi dengan cara yang betul.

LURUSKAH SAF anda?

Tekan Gambar untuk membesar imej.

Sunday 17 June 2012

Didiklah anak-anak perempuan kita untuk menjadi..

Anak adalah ibarat kain putih. Sumber dari: anakkusoleh.com

Didiklah anak-anak perempuan kita untuk menjadi:

1. Dai’eyah (داعية)

Berusaha untuk menghidupkan usaha dakwah Nabi saw, dengan tujuan untuk memperbaiki diri kepada iman yang sahih, dan amal yang mengikut sunnah Rasulullah saw. Dan dalam masa yg sama, menggalakkan suami & mahramnya utk memperbaiki diri mereka juga dgn membuat pengorbanan diri, harta dan masanya, untuk berjumpa dgn umat di serata alam.

Friday 15 June 2012

Isteri Luar Biasa

Sumber gambar dari: ILuvIslam.com

Berkahwin dan memiliki sebuah keluarga sentiasa menjadi keinginan seorang wanita.

Jika ditanya pula pada seorang wanita yang baru mendirikan rumahtangga, kebanyakannya ingin menjadi isteri yang baik kepada suami dan ibu yang baik kepada anak-anaknya.

Antara lain harapan yang diletakkan ialah ingin mengekalkan kebahagiaan hingga ke anak cucu, malah ada yang ingin kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Sekalipun matlamat dan harapan cukup jelas, ramai yang gagal meramal atau menjangka laluannya tidak semudah yang disangka.

Alasannya cukup mudah, jika yang diinginkan ialah kebahagiaan, sudah tentu yang diuji adalah ketahanan dan pengorbanan setiap individu yang inginkan kebahagiaan tersebut.

Tuesday 12 June 2012

Menghadapi Tekanan Secara Islam

Utusan Online
Oleh Profesor Dr. Osman Che Bakar

RAMAI yang tertekan serta menderita apabila mengalami peristiwa atau musibah seperti kerosakan harta benda, kehilangan atau kegagalan dalam kerjaya, percintaan atau rumah tangga dan sebagainya.
Musibah atau tekanan adalah satu peristiwa yang ditakuti dan tidak dikehendaki oleh mana-mana individu di dalam kehidupan seharian.

Majoriti daripada kita akan bertindak-balas secara spontan sama ada mengeluh, memaki-hamun dan marah terhadap seseorang malah ada pula yang marah kepada takdir Tuhan.

Individu yang terbabit dengan musibah mengalami gejala-gejala tekanan seperti bimbang, hilang tumpuan, cepat marah, tidak dapat tidur, hilang selera makan dan lain-lain lagi.