Saturday 9 June 2012

'Aqidah, 'Ibadah & Akhlak

‘Aqidah adalah suatu perkara yang amat penting bagi setiap insan. Ia merupakan pegangan atau kepercayaan kepada Allah S.W.T. Oleh itu setiap orang Islam mesti memahami dengan mendalam konsep Islam, Iman dan Ihsan supaya dapat menghayati ajaran Islam dengan sempurna.

Pengertian ‘Aqidah
- Bahasa: Simpulan, ikatan atau pegangan.
- Istilah: Kepercayaan dan keyakinan yang pasti serta keputusan yang muktamad tidak bercampur dengan syak atau keraguan.

Pengertian Islam
- Bahasa: Selamat atau menyerah diri.
- Istilah: Mentauhidkan Allah S.W.T, tunduk dan patuh kepada-Nya serta menunaikan semua ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Pengertian Iman
- Bahasa: PERCAYA
- Istilah:
(i) Membenarkan dengan hati,
(ii) Berikrar dengan lisan serta,
(iii) Ber’amal dengan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Pengertian Ihsan
- Bahasa: Melakukan kebaikan
- Istilah: Melakukan ‘ibadah dengan khusyuk, ikhlas dan yakin bahawa Allah S.W.T sentiasa mengawasi apa yang dilakukannya.

No comments:

Post a Comment